Thursday 21 February 2013

Korang macam ni ke? Aku cenggini tak tipu ekekeke

Hahaha aku gelak weii...mcm tau2 jekan org kita cenggini kecuali peminat korea tegar ekekeke

Doaku buat anak didikku...aminn

Bila masuk kelas 4 amanah aku slalu hepy (tahun ni aku jadi guru kelas 4 amanah). Wlupun nama kelas ni sinonim dgn kelas corot tpi tahun ni xda streaming murid so dah campur2 ler..aku rasa mcm terbayar penderitaan aku thun lalu ajar 4 amanah mcm setan kecik adoiii ehh aku tak tipu ya Allah...punya nakal gilaa tapi aku tak doakan dorg jadi setan gondol smpai bila2 taw..aku hrp lmbat laun dorg akan jadi 'manusia' juga aminnn...
Hari ni aku buat ulangkaji utk ujian mgu dpn so aku sental otak dorg hbs2an dorg nak aku buat kuiz so aku ikutkn jelah mmg dorg hepy gila tp adalah dua tiga org yg mmg pemalas tegar...haram nk nulis apa pun...kena cubit pun sama je jadi aku geram aku cakap kat kelas "kawan2...mari kita berdoa sama2...ya Allah ya Tuhanku tukarkan kanlah si polan (aku sebut nama budak2 tu) jadi budak yg rajin dan pandaiiii...aminnnnnn" semua murid2 amin ramai2 yg klakarnya org yg kn doa pun sungguh2 aminkan hahaha...
Hai la budakkk...kadang2 klakar kadang2 rasa mcm nk geget sekor2..tp aku mmg brharap sgt dorang akan jadi manusia bila besar nanti..simpang malaikat 44 klu nnt aku dah tua Font BESAU lg kt dada akhbar bekas anak murid aku penjenayah besar...=_="
Semoga Allah perkenankan doa kami tadi...aminn...
P/s: aku doa gak supaya aku dpt anak kembar ekekeke...biorla klu korg nk gelak...ada aku kesah muahahahaha

Tuesday 19 February 2013

Mak Jemah ada Gosipppp panassss!!! Fizz Fairuz putus tunang

Hahahaha layan gosip plak aku pepagi ni yolahhh terkejut mak jemah dgr hot.fm fizz fairus putus tunangg woooowww...baru seminggu tunang kn...
Aku ni bknla sapa2 nk kata ' What goes around comes around'..kelasss pepatah inggeris gitu..kita bkn tau pun keadaan n cerita sebenar mcm mna tak gituu....tp aku cuma blh kata...sesungguhnya Allah janjikan kebenaran akan terbit juga wlupun dsembunyi pelusuk dunia pun...yg sabar akan dapat ganjaran-Nya yg jahat akan terima pembalasan.
Kengkawan yg kt luar sana pasrahla dgn apa pun dugaan kita..tadahla tangan memohon bantuan dariNya insyallah sesungguhnya Allah maha mendengar. Klu tidak larat utk memikul berceritalah dgn rakan2 baik a.k.a BFF korang ;)  dorang pasti akan mndengar semua masalah korang...
P/s: teringat ketika melalui zaman2 hitam kelabu ekekeke memang rasa mcm nk koma berbulan2 supaya lupa semua masalah ngehh..ngehh...

Teka teki...teka tekokkk...

Rasa2nyala klu esok bg teka teki ni ngn murid2 kt sekolah..ada yg aku xdapat hadiah hari guru nnt kan muahahaha....

Cikgu ala2 'burung merah'

Arghhhh tensionnyerrrr...bila dah masuk kelas hujung2 ni adoiii blh hlg sabar...dgn murid2nya yang perangai masyallah...ada sekelompok murid kat meja belakang tu rata2 anak2 orang phillipine ermm tak payah nak cakapla. Rambut bekaler2 perangai samseng sikit2 bertumbuk pantang lepa sikit siap bukak game main judi lagi.
Kadang2 heran tgk budak2 ni apa motif dorg datang sekolah. Harapkan bantuan je la kot. Yelah dorang kan dah jadi 'WARGANEGARA' ada IC hokeyyyy. Siap dapat bantuan duit 100rgt, dapat bantuan rancangan makanan tambahan lagi tulah kot sanggup dtg sekolah wlupun bkn nk belajar pun.
Adoilaaa...ya Allah ikhlaskn la hati ini utk mngajar anak didikku sebaik mgkn tanpa mengira siapa pun mereka aminnnn....

Monday 18 February 2013

BB Plus Kolegen


Semekom semua hari ni nak bersiaran lagi hikhik..rini saya bukan nak jual barang tau just nak show off sket ekeke adalah dengan sukacitanya mak jemah telah terpilih utk buat review utk produk kat atas ni hihi oleh adik sendiri hahahaha. So hari ni 17 Febuari 2013 sya akan mencuba produk ni n kita akan tengok hasilnya ye..tungguu..

Ok before that meh kita tengok keterangan ringkas produk ni ye :)

Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit
Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.

Mengapa memilih BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. 

Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida  
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.

Cara Pengambilan
Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air bersuhu bilik. Elakkan daripada menggunakan air panas. Kacau dan sedia diminum. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan ataupun sebelum tidur.
Sesuai untuk pesakit diabetes. Warna, rasa dan tekstur produk dalam setiap kelompok mungkin berlainan disebabkan oleh ramuan asli yang digunakan.   

Tanpa Gula dan Kolesterol
Gula gantian semulajadi dengan Indeks Glisemik yang rendah digunakan untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai masalah jantung dan diabetes.

Keberkesanan
BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.


7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab  
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari

Sunday 17 February 2013

Meet my other half ;)


Dah jam 2 pagi dah alamak mata blum ngantuk..lpas tu cekuk2 plak tu malasnya nk trun mnum huhu..
Febuari..ermm byk sgt kenangan bulan febuari ni huhu 4thun lalu d bulan Febuari ni la start kenal my hubby. Kisah cinta kami alahaii tak sesenang yg semua org fikirkan.. Semuanya jadi tak dipinta n apa yang kami ada hari ni pun sbnarnya kami tak pernah sangka. Hebat betul kuasa Allah, segala rahsia-Nya tersimpan rapi manusia hanya mampu merancang dan Allah tentukan. Apa2an sgt bersyukur dengan kurnia-Nya alhamdulillah.
Brapa hari lagi bermulalah episod baru dalam saya...uwaaaaa my last 20th dah tua dah. Masih byk lg yg belum di capai..semoga dkurniakan kesihatan tubuh bdan supaya dapatlah meneruskan perjuangan hdup..amin..
Okay2 nk cerita ttg clip movie 'UP' yg sya tepek kt atas tu..mmg sweet sgt citer tu time tgk kt pawagam mmg nangis dah hahaha yelohhh sentimental katakan hahaha tp brharap sgt dpt hdup hepy kongsi apa saja kesenangan n kesusahan brsama2 encik husband tersayang. Uhukk..tetiba rindu kat monchet sya tu..bila la dapat tukar kan...dapatla rasa married life ngan husband...ni dok jauh2 payah..rinduu je..nk kiss pun pakai flying kiss je uhukk..uhukk..
P/s: miss u much muchuk..

Alahaiii..Anna Olson

Bila tgk program masak bersama Anna Olson mesti geram tgk dapur dia aishhh...bila la nak ada ruang memasak mcm Anna Olson hikhik...kena doa bayk2 ni supaya encek husband bg hadiah satu set lengkap dapur mcm Anna olson...hikhik...

Semalam masa makan tengah hari, sambil2 tgk la tv rancangan Anna Olson dia ajar resepi2 yang ada guna Chocolate ganache pergghhh memang kecur je nengok adehh...meh nak tepek gambar kek sedap tu
Sumber dari blog Anna Olson :)

Nampak sedap kan uhukk...tak tau bila dapat buat resepi ni hihihi tapi kalau ada kengkawan2 yg nak try leh tgk resepi kat cini Opera Torte senang je tau hehehe senangla kan klu tgk Anna Olson yg masak ekekekeke. TAPI...hari ni oleh kerana terliur2 nk membayangkan Opera Torte ni, saya buat gak la cupcake chocolate moist yelahkan..takut2la kempunan ekekekeke. Resepinya senang je tak susah pon..

Resepi Cupcake Chocolate Moist

Bahan A : 
1 cup susu segar
1 cup minyak jagung
1 cup gula pasir ( saya kurangkan)
1 cup serbuk koko

Bahan B:
3/4 tepung gandum 
1 tsp soda bikarbonat
1tsp baking powder

Bahan C:
4 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Mula2 satukan bahan A dalam periuk panaskan sehingga semuanya sebati dan ketepikan.
2. Ayak bahan B ketepikan.
3. Pukul bahan C sehingga gebu ( klu takde mixer blh guna blender :) )
4. Masukkan bahan B selang seli dengan Bahan C ke dalam bahan A smpai habis, gaul rata.
5. Isikan bahan2 yang telah disatukan tadi ke dalam cup ( boleh letak dalam loyang)
6. Kukus 30minit, angkat dan sejukkan.


Chocolate Ganache' 
3/4 whipping cream
200gram coklat masakan ( takde so sya ganti ngan coklat chips hihi)
2 tbsp minyak sayuran ( takde juga ganti ngan 50grm butter)


Cara-cara :
1. Satukan semua bahan dan masak guna kaedah double boiler sampai semunya sebati dan likat.
2. Tuangkan ke atas cupcake tadi boleh hias dengan gula manik2 yg comel tu 


Simple make up tricks to make your skin flawless like celebs :)

Halooo...haloo...kita ke udara lagi hehehe i've been thinking whole day nak post apa lg kt blog ni, byk btul dalam otak tapi tak kuar2 ideanyer so i decide to share with u all something yang blh make ur skin look soooo flawless in 1 minute cewahh gempak je kan hikhik but its true taw :).
Actually saya ada masalah freckles yang agak membimbangkan la juga hahaha rasa hodoh je kadang2 dah byk cara dah sya try utk hilangkan freckles ni pegi treatment laser la, infrared, boh segala krim2 yang tak kira brapa harganya, guna pelbagai make up yg konon2nya blh tutup freckles ni tapi semua tak berkesan :( soo bad....
HAHHH...jgn terperanjat pulak ni gambar mak jemah xda make up lansung berterabur freckles hikhik

tadaaaa....after touch up hehehe hilang la sikit kesan2 freckles tu kan..klu muka dah brpeluh2 lagi tambah gojes taw

Okay mari kita tgk apa rahsianya, mula2 adik yang suggest produk ni bila first pakai dia mmg cover hampir semua cela yang ada sangat suka... sekarang ni dah hampir 2 tahun pkai takda masalah malah dah beli banyak kali dah. Brand yang sgt2 superb best tu ialah BB cream Dr.G tak susah nk dapat cream ni tapi yg tak bestnyer kadang2 habis stok tu jelah masalahnya hihi boleh didapati kat kedai SASA harga dia kalau tak silap RM69.90. Cara pakai dia after pkai moisturizer picit sikit guna BB cream brush sapu seluruh muka jgn tebal sgt tau agak2 je sapu rata then guna kabuki brush utk sapu powder pulak :) then blh tambah yg lain supaya nmpak cute seperti blusher n eyeshadow hikhik... tryla mesti u all suka. saya dah jumpa solution utk cover freckles sya n insyallah takkan tukar2 lagi kecuali nak cari powder yang sesuai lagi, setakat ni dah byk kali tukar powder hihi.


P/s; korang tryla lepas ni klu snap gmbr takperlu nak guna application bagai yg 'just one click' muka anda nampak mulus gitu hihihi ( coz dulu slalu guna application MOREBEAUTE kt iPhone bila nk snap gmbr sendirik ngehh...ngehh..)

Friday 15 February 2013

Sunset....

Yup..sunset memang suka sgt ambik gmbr sunset, sunrise? ermm tak sempat ambk slalu hehehe... Kalau sunset di Sabah memang slalu gojes..hihi tapi lama dah tak ambk gambar sunset, blum ada masa lagi skrg ni, nanti la tgu hubby balik Sabah baru ajak dia g shoot sunset lagi mesti dia suka kan.... so tadaaa...ada brapa gambar sunset yang saya shoot..enjoyyy...









Mem'blogger'kan diri di tahun 2013

Tadaaa akhirnya dah ada blog sendiri utk kehidupan sya sebagai isteri..yaaayyy..aceli blog n bkn yg pertama sblum ni pun dh ada cuma rasanya nk start balik. Life was so amazing...rasanya byk perkara yg blh kita kongsikan kadang2 kan? Dlm kepala ni hari2 ada je idea n angan2..so why not sya conteng2 sket kat blog n utk kwan2 baca or maybe sbg kenangan nnt bila dah ada anak cucu...kann...kann...ewah2 sweet gituu...im really hope can make frenz from this blog..many2 frenz...insyallah..

Thursday 14 February 2013

From this moment life has begunFrom this moment you are the oneRight beside you is where I belongFrom this moment on...