Sunday 17 February 2013

Alahaiii..Anna Olson

Bila tgk program masak bersama Anna Olson mesti geram tgk dapur dia aishhh...bila la nak ada ruang memasak mcm Anna Olson hikhik...kena doa bayk2 ni supaya encek husband bg hadiah satu set lengkap dapur mcm Anna olson...hikhik...

Semalam masa makan tengah hari, sambil2 tgk la tv rancangan Anna Olson dia ajar resepi2 yang ada guna Chocolate ganache pergghhh memang kecur je nengok adehh...meh nak tepek gambar kek sedap tu
Sumber dari blog Anna Olson :)

Nampak sedap kan uhukk...tak tau bila dapat buat resepi ni hihihi tapi kalau ada kengkawan2 yg nak try leh tgk resepi kat cini Opera Torte senang je tau hehehe senangla kan klu tgk Anna Olson yg masak ekekekeke. TAPI...hari ni oleh kerana terliur2 nk membayangkan Opera Torte ni, saya buat gak la cupcake chocolate moist yelahkan..takut2la kempunan ekekekeke. Resepinya senang je tak susah pon..

Resepi Cupcake Chocolate Moist

Bahan A : 
1 cup susu segar
1 cup minyak jagung
1 cup gula pasir ( saya kurangkan)
1 cup serbuk koko

Bahan B:
3/4 tepung gandum 
1 tsp soda bikarbonat
1tsp baking powder

Bahan C:
4 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Mula2 satukan bahan A dalam periuk panaskan sehingga semuanya sebati dan ketepikan.
2. Ayak bahan B ketepikan.
3. Pukul bahan C sehingga gebu ( klu takde mixer blh guna blender :) )
4. Masukkan bahan B selang seli dengan Bahan C ke dalam bahan A smpai habis, gaul rata.
5. Isikan bahan2 yang telah disatukan tadi ke dalam cup ( boleh letak dalam loyang)
6. Kukus 30minit, angkat dan sejukkan.


Chocolate Ganache' 
3/4 whipping cream
200gram coklat masakan ( takde so sya ganti ngan coklat chips hihi)
2 tbsp minyak sayuran ( takde juga ganti ngan 50grm butter)


Cara-cara :
1. Satukan semua bahan dan masak guna kaedah double boiler sampai semunya sebati dan likat.
2. Tuangkan ke atas cupcake tadi boleh hias dengan gula manik2 yg comel tu 


No comments:

Post a Comment